29 Januari 2010

Pembantu Pengurusan Murid


Dari kiri Norhaiza, Lailey dan Rohaida

Dewan Makan Prasekolah











Mural di Dewan Prasekolah ini ialah hasil tangan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah. Mereka bertungkus lumus untuk menceriakan Prasekolah SKRMM.

Prasekolah Panitia Terbaik

Prasekolah telah memenangi Anugerah Panitia terbaik SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar bagi tahun 2009. Tahniah kepada semua warga Prasekolah.

Titipan kejayaan 2009

12 Januari 2010

Modul Bertema / Modul Asas Prasekolah

Apabila perkataan modul (Modul Bertema / Modul Asas) dipilih dalam Kurikulum Standard Prasekolah, tidak wujud lagi rancangan tahunan bagi pihak guru. Rancangan tahunan hanyalah wujud bagi pihak yang menghasilkan modul sahaja berdasarkan murid yang bagaimana ingin dihasilkan berlandaskan objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Guru-guru prasekolah hanya perlu mengikut modul yang telah ditetapkan dan selaras di peringkat kebangsaan. Betulkan saya jika kenyataan ini salah.

Kekosongan

Masih ada dua kekosongan untuk murid prasekolah (12 Januari 2010).

08 Januari 2010

Seminggu murid-murid baru di prasekolah.

Sudah lima hari murid-murid baru, belajar di prasekolah. Pelbagai ragam yang boleh dilihat. Ada yang belum bersedia untuk ke sekolah, ada yang masih ditunggu ibu bapa walaupun anak sudah tidak menangis lagi.
Penerapan disiplin dan peraturan pada minggu pertama amat penting supaya disiplin murid-murid dapat dikawal oleh guru. Murid-murid akan menilai perwatakkan guru pada minggu pertama.
Ibu bapa juga perlu merangsang minat murid supaya ke sekolah.

Perhimpunan rasmi SK Raja Muda Musa

Pada hari Jumaat murid-murid Prasekolah SKRMM perlu hadir awal ke sekolah bagi menghadiri perhimpunan rasmi sekolah yang bermula pada pukul 7.30 pagi.

06 Januari 2010

Penukaran alamat e-mail / blog baru

Prasekolah SK Raja Muda Musa telah menukar e-mail/blog baru kepada Prasekolahskrmmkk@gmail.com/, http://prasekolahskrajamudamusa Harap maaf. Segala kesulitan amat dikesali.