23 April 2010

Lawatan Prasekolah Ke Melaka


Salam. Prasekolah Sk Raja Muda Musa akan membuat lawatan sambil belajar ke Melaka pada 7 Mei 2010. Pelbagai tempat menarik akan dilawati antaranya:
  1. Zoo Melaka
  2. Taman Buaya
  3. Taman Mini Malaysia
  4. Muzium samudera
  5. Bukit St Paul
  6. Eyes On Malaysia
  7. Menara Taming Sari
  8. Dataran Pahlawan
  9. Sekitar Bandar Di hilir.
Bayaran: RM 60 (satu tempat duduk)

Kepada yang berminat boleh berhubung denga guru prasekolah.

Penyertaan terbuka dari peserta luar juga diterima.

02 April 2010

Program Latihan Kebakaran Bersama Bomba






2 April 2010 (Jumaat)

Program latihan kebakaran dengan kerjasama bomba telah diadakan di SKRMM. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah program ceramah, latihan menyelamatkan diri dan demontrasi. Murid-murid prasekolah telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Loceng sekolah dibunyikan sebagai tanda kecemasan dan kesemua murid prasekolah telah keluar dari bangunan prasekolah menuju ke tempat yang lebih selamat.

Kempen Anti Dadah





26 Mac 2010 (Jumaaat)

Pertandingan mewarna murid-murid prasekolah sempena Kempen Anti Dadah SK Raja Muda Musa telah diadakan pada 26 Mac 2010. Sembilan orang murid telah dipilih sebagai pemenang. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En Mohd Zuhri B. shaharuddin (Pen Kanan Kokurikulum) pada 1 April 2010. Pada 2 April 2010 (Jumaat) Pegawai Agensi Anti dadah telah hadir memberikan ceramah berkaitan penyalahgunaan dadah.